LOMBOK: Ada pelbagai cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan mencuri perhatian umum!
Masalah lubang besar di sebatang jalan di Lombok Tengah, Indonesia, akhirnya ditangani pihak berkuasa jalan raya selepas video dan gambar seorang lelaki sedang 'mandi dan memancing' di lopak itu tular di media sosial.
Menurut laporan, lubang 'gergasi' yang sering menjadi lopak air besar itu hanyalah satu daripada banyak lubang yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Orang ramai mendakwa aduan mereka agar jalan itu diperbaiki tidak diendahkan oleh pegawai bertanggungjawab, meskipun keadaan itu telah menyebabkan banyak kemalangan terjadi.
Ini mendorong segelintir individu menularkannya dengan harapan ia menarik perhatian pihak berkuasa.
Salah satu video yang mendapat paling banyak tontonan menunjukkan seorang lelaki bernama Amaq Ohan dengan bersahaja menggunakan gayung plastik untuk menyiram badannya dengan air hujan berlumpur.
Dalam satu gambar pula Ohan dilihat duduk bersila di atas kerusi, lengkap dengan sebatang joran, seolah-olah sedang memancing.
Rian Mahesa, individu yang mengambil gambar dan video berkenaan, memberitahu portal berita Indonesia, detikNews bahawa banyak jalan berlubang menjadi punca kemalangan.
Difahamkan, situasi itu menjadi kemarahan orang ramai memandangkan jalan yang rosak berkenaan terletak dekat dengan bangunan mewah di Lombok Tengah, termasuk Ibu Pejabat Ketua Daerah.
Menerusi aksi sosial yang dirakam dan dimuat naik ke media sosial itu, Rian berharap pihak pemerintah segera melakukan kerja-kerja baik pulih di jalan raya itu, memandangkan jalan raya berkenaan juga menjadi akses menuju ke Litar Mandalika.
Seorang pegawai mengesahkan kerja-kerja membaiki sudah bermula, namun menolak dakwaan penduduk tempatan bahawa lambat bertindak.
"Tiada perkara seperti 'terlambat'," kata pegawai itu. "Ternyata pihak berkuasa sedang bekerja dan sentiasa memberi respons terhadap setiap aduan dan kehendak orang ramai."
Agensi
Thu Mar 24 2022
Berita tular yang menarik perhatian ramai ini turut dilapor pelbagai portal berita masyarakat di rantau berdekatan dan juga antarabangsa. - Tangkap layar Mashable SE Asia
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang
PIBG MCKK membuat laporan polis terhadap tiga pemilik akaun media sosial berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik di laman sosial.
Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi
Foodpanda telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan akan menghubungi penunggang tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Reaksi 'geram' Raja Charles III undang perhatian di media sosial
Detik itu dirakam ketika upacara pertabalan Raja Charles III di Istana St. James di sini, pada Sabtu lalu.
Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.
Pemandu lawan arus di Bulatan Cheras dipenjara enam bulan, denda RM8,000
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara enam bulan serta denda RM8,000 selepas didapati memandu secara melawan arus di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur pada 13 Disember lalu.
Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan
Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung itu mendakwa Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Presiden parti.
Kenyataan media Muhyiddin buat keputusan letak jawatan adalah palsu - Pegawai PMO
"Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap palsu."
"Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Kisah ibu tunggal lima anak, Suzanne Anton, 45, membuka mata semua pihak bahawa pandemik turut memberi kesan kepada golongan M40.
Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO
UMNO menafikan surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tular di media sosial pada Jumaat.
Gambar cetus kontroversi: Nadira Isaac minta maaf kepada PU Amin, warga maya
Personaliti media sosial, Nadira Isaac tampil mohon maaf kepada Pencetus Ummah (PU) Amin dan warga maya susulan perkongsian gambar yang tular baru-baru ini.