Selepas Nicaragua, Taufan Eta membadai Honduras

Astro Awani
November 5, 2020 05:24 MYT
Penduduk melalui sebatang jalan yang terkesan banjir susulan air sungai melimpah akibat hujan lebat ketika Taufan Eta di Toyos, Honduras, 4 Nov, 2020. REUTERS
TAUFAN Eta bergerak ke Honduras pada Rabu selepas membadai Nicaragua pada Selasa.
Meskipun taufan itu tidak lagi berada dalam kategori empat, namun ia bergerak dengan membawa hujan lebat ke tengah Amerika.
Eta dengan kelajuan 35 kilometer sejam bergerak menuju ke barat Tegucigalpa.
Menurut ramalan kaji cuaca, Eta akan membadai Amerika Tengah dan kemudian bergerak ke Caribbean.
Eta mungkin membadai Cuba pada Ahad dan selatan Florida pada Isnin.
Hujan lebat dijangka berterusan di Honduras sekurang-kurangnya hingga Khamis.
Sebelum tiba di Honduras, ratusan penduduk terpaksa keluar meninggalkan rumah mereka akibat dilanda banjir.
Sehingga kini, empat nyawa terkorban di Nicaragua dan Honduras akibat Eta.
#banjir #Taufan Eta #Honduras #Nicaragua #ribut
;