Selepas memusnahkan senjata kimia, keganasan di Syria berterusan

Astro Awani
Oktober 8, 2013 08:23 MYT
-gambar arkib
Di sebalik ikrarnya mahu segera menamatkan konflik di Syria, rejim Bashar Assad terus meningkatkan tekanan ke atas kumpulan penentangnya.
Beberapa penempatan yang dikuasai kumpulan anti rejim di Dara'a, barat daya Syria digempur tentera rejim.
Keganasan terbaru itu tercetus selepas setiausaha negara Amerika Syarikat John Kerry memuji tindakan Bashar Assad bekerjasama memusnahkan senjata kimia milik negara itu.
Pasukan antarabangsa yang ditugas menyelia usaha syria itu mengesahkan negara berkenaan mula menghapuskan senjata kimia miliknya pada Ahad.
Konflik di Syria bermula dengan perhimpunan aman pada Mac 2011.
Ia bagaimanapun merebak menjadi krisis berdarah sehingga mengundang kepada campur tangan antarabangsa.
Dilaporkan lebih dua juata rakyat syria kini mendapatkan perlindungan dari negara luar.
#Bashar Assad #Dara'a #John Kerry #konflik #Syria
;