Selepas kutuk, Trump puji pula FBI
Agensi
Disember 15, 2017 05:47 MYT
Disember 15, 2017 05:47 MYT
Hanya kurang sejam selepas mengkritik Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan sokongan tanpa belah bahaginya kepada badan pengkuatkuasa itu.
Trump sebelum itu menyifatkan cara pengendalian FBI terhadap siasatan ke atas emel bekas calon presiden daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton sebagai 'memalukan.'
Namun, kini beliau mendakwa sebagai 'kawan baik dan sejati' kepada agensi itu.
"Presiden Amerika Syarikat menyokong anda (FBI) 100 peratus."
"Kamu semua adalah hebat belaka, mungkin 90 peratus yang bagus tetapi 10 peratus lagi kurang memuaskan," katanya pada majlis graduasi anggota penguatkuasa undang-undang di sini.
Ketika dalam perjalanan ke kampus berkenaan di Quantico, Virginia, Trump memberitahu wartawan bahawa laporan terbaharu yang dikeluarkan FBI adalah amat bias khususnya dalam kalangan pegawai kanan FBI.
Awal bulan ini, Trump turut mengutuk biro berkenaan dan bekas pengarahnya, James Comey, yang dipecatnya Mei lalu.
Ia membabitkan maklumat siasatan ke atas penggunaan pelayan e-mel peribadi oleh Clinton.
#FBI
#Hillary Clinton
#Parti Demokrat
#Parti Republikan
#Presiden Amerika Syarikat
#quantico
#Trump
#Virginia