Selepas singgah di Kuala Lumpur Sabtu lepas untuk mengisi minyak, pesawat terbesar di dunia, Antonov AN-225 Mriya, tiba di Perth dengan membawa generator seberat 130 tan.
Pesawat kargo buatan Ukraine itu terbang merentasi benua Eropah, Asia dan Oceania dalam perjalanan bagi melaksanakan misi khas itu.
Sama seperti situasi di Kuala Lumpur, ketibaan pesawat gergasi itu mencuri perhatian dan minat orang ramai di Perth.
Lebih 15,000 orang berhimpun di pintu pagar lapangan terbang untuk melihat dengan dekat pesawat berkenaan.
Antonov AN-225 Mriya akan berada di sini selama 48 jam sebelum terbang pulang ke Kiev, Ukraine.
Laporan media menyebut, proses menurunkan kargo mengambil masa selama 12 jam.
Ketika ini, Antonov AN-225 Mriya merupakan pesawat terpanjang dan paling berat di dunia.
Dengan panjang 84 meter dan setinggi 18 meter, ia disifatkan menyamai bangunan lima tingkat.
Ia turut dilengkapi 32 biji tayar dan sayap sepanjang 88 meter.
Astro Awani
Mon May 16 2016
![Selepas Kuala Lumpur, Antonov AN-225 Mriya disambut meriah di Perth Selepas Kuala Lumpur, Antonov AN-225 Mriya disambut meriah di Perth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61463198000_MalaysiaAirports.jpg)
Sama seperti situasi di Kuala Lumpur, ketibaan pesawat gergasi itu mencuri perhatian dan minat orang ramai di Perth. -Twitter/Malaysia Airports
![Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
![Ini rupanya pesawat terbesar dunia yang mendarat di Malaysia Ini rupanya pesawat terbesar dunia yang mendarat di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523690579_pesawatterbesar.jpg)
Ini rupanya pesawat terbesar dunia yang mendarat di Malaysia
Pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.10 pagi ini dalam penerbangan komersial sulungnya ke Malaysia.