Selepas kritik Meghan Markle, Piers Morgan tinggalkan Good Morning Britain

Agensi
Mac 10, 2021 13:07 MYT
Piers Morgan telah memutuskan sudah tiba masanya untuk beliau meninggalkan Good Morning Britain pada Selasa susulan kritikannya terhadap Putera Harry dan Meghan Markle. - Gambar Reuters
PENGACARA dan wartawan ternama, Piers Morgan membuat keputusan meninggalkan program popular yang dikendalikannya, Good Morning Britain pada Selasa susulan kritikannya terhadap Meghan Markle.
Penarikan diri bekas personaliti saluran berita dunia CNN itu disahkan pengurusan stesen televisyen IT yang menerbit dan menyiarkan Good Morning Britain.
Berusia 55 tahun, Morgan mendakwa, Meghan dan suaminya, Putera Harry yang juga cucu Ratu Elizabeth telah menjejaskan institusi diraja Britain selain mencari publisiti.
"Setelah perbincangan dengan ITV, Piers Morgan telah memutuskan sudah tiba masanya untuk beliau meninggalkan Good Morning Britain.
"ITV telah menerima keputusan ini dan tiada apa yang perlu diulas lagi,” kata saluran televisyen bekenaan seperti dilaporkan portal E.
Sementara itu, pengacara bersama, Alex Beresford juga mengkritik tindakan Morgan dan mengakui bahawa dia mempunyai masalah peribadi dengan Meghan.
"Apakah dia (Meghan) mengatakan sesuatu tentang kamu seperti dia mempunyai masalah dengan kamu? Saya tak rasa begitu tetapi kamu terus mencemuhnya," kata Beresford.
Pasangan Diraja | Meghan Markle dedah tekanan daripada keluarga
BACA: Wawancara Oprah: Meghan dedah dia dan Putera Harry berkahwin lebih awal daripada tarikh rasmi
BACA: Wawancara Oprah: Diskriminasi terlampau, Meghan pernah terfikir untuk bunuh diri
Wawancara Oprah | Harry, Meghan dedah jantina anak kedua
Morgan turut mempersoalkan kebenaran pernyataan Meghan yang mendakwa pernah menyimpan hasrat untuk membunuh diri ketika temu bualnya dengan Oprah Winfrey yang disiarkan pada Ahad.
Kritikan pedas Morgan itu telah menyebabkan agensi kawalan media Britain dihujani 41,000 aduan.
Morgan juga bekongsi pendapat di akaun Twitter peribadinya yang diikuti oleh 7.8 juta pengikut dengan mendakwa, sesiapa sahaja yang mengkritik Meghan akan dilabel perkauman.

No, but it was just another reminder that anyone who criticises Meghan Markle is automatically deemed a racist bully, but when she bullies her female staff or spray-guns her husband's family on global TV, it's a cry for help from a poor victim. https://t.co/8KWQXzrqPN

— Piers Morgan (@piersmorgan) March 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Piers Morgan #Meghan Markle #Prince Harry #Oprah Winfrey #Good Morning Britain #kritik
;