Selepas kematian 'suami', wanita bakal kahwini anjing peliharaan

Madiha Abdullah
Julai 21, 2015 15:14 MYT
'Perkahwinan' Lesbirel dengan Travis akan disempurnakan melalui sebuah laman web, marryyourpet.com. - Gambar hiasan
Sebilangan kecil masyarakat Barat punya ketaksuban terhadap sesuatu yang melampaui batas. Cerita ini adalah salah satu buktinya.
Seorang wanita, Dominque Lesbirel, sangat kecewa dan sedih apabila 'suami' yang menjadi temannya selama 16 tahun, Doerack mati akibat kegagalan buah pinggang.
Situasi ini tidaklah sukar untuk dibayangkan memandangkan ramai yang pernah mengalaminya.
Namun, jangan terkejut jika diberitahu, Doerack sebenarnya adalah seekor kucing!

Barking mad? Widow to marry pet dog after death of husband (who was a cat) http://t.co/0HKrdGBL6B pic.twitter.com/AMk7gbJyvb

— Daily Star (@Daily_Star) July 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#News Woman to marry her pet DOG after husband of 16 years - her CAT - dies http://t.co/nfgZwzYid9 pic.twitter.com/99c3iusxVA

— Henna Joselevitch (@HennaJosele) July 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dan kini, Lesbirel telah menemui 'cinta' baharu, Travis. Jika Doerack adalah seekor kucing, Travis pula adalah seekor anjing.
'Perkahwinan' Lesbirel dengan Travis akan disempurnakan melalui sebuah laman web, marryyourpet.com.
Seperti juga proses perkahwinan normal sesama manusia, ia perlu dimulakan dengan prosedur permohonan perkahwinan terlebih dahulu. Selepas perkahwinan disahkan, 'pasangan' akan diberikan sijil perkahwinan.
Laman web marryyourpet.com diwujudkan pada tahun 2003, dan ia diwujudkan untuk menggalakkan pemilik agar tidak membuang haiwan peliharaan mereka.
#haiwan #haiwan peliharaan #Kisah Pelik