Selepas Jepun, Taufan Muifa mula beralih ke China
Agensi
September 14, 2022 15:04 MYT
September 14, 2022 15:04 MYT
CHINA: Selepas membadai Jepun, Taufan Muifa kini dilaporkan mula beralih ke perairan China pula.
Agensi Meteorologi Kebangsaan China turut meramalkan, kemungkinan berlaku tanah runtuh di bandar pelabuhan, Ningbo.
Taufan Muifa membawa angin berkekuatan maksimum 145 kilometer sejam ketika bergerak ke Timur Laut negara itu.
Ia dijangka membadai Timur Bandar Shanghai dan kemudian bergerak ke kawasan pedalaman di wilayah Jiangsu dan Shandong.
Setakat 6.30 petang Selasa, hampir 720,000 penduduk yang tinggal di pesisir pantai Zhejiang dipindahkan ke pusat penempatan sementara.
Dalam masa sama, beberapa penerbangan turut dibatalkan dengan lebih 11,000 bot nelayan diarah kembali ke pelabuhan di Zhejiang. - Agensi