Selepas Gucci dan Prada, Ralph Lauren batal pertunjukan fesyen gara-gara COVID-19
Azyyati Ahmad
Mac 4, 2020 10:40 MYT
Mac 4, 2020 10:40 MYT
JENAMA mewah antarabangsa Ralph Lauren membatalkan pertunjukan fesyen antarabangsanya yang dijadual berlangsung di New York, April ini, ekoran penyebaran wabak COVID-19.
Jurucakap syarikat itu berkata tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga.
“Kami mengambil keputusan membatalkan pertunjukan musim luruh 2020 sebagai langkah berjaga-jaga serta bagi menghormati pekerja kami, rakan kongsi, dan pengguna jenama ini.
“Keutamaan kami ialah keselamatan dan kesihatan mereka,” kata jurucakap itu lagi seperti dilaporkan portal berita WWD, pada Selasa.
Terdahulu, WWD melaporkan Lauren tidak menyertai Minggu Fesyen New York pada Februari dan memutuskan untuk mengadakan pertunjukan berasingan pada penghujung April.
Selain itu, Gucci pula telah membatalkan Minggu Fesyen 2021 yang sepatutnya berlangsung di San Francisco pada 18 Mei ini.
Keputusan itu diambil selepas langkah Prada untuk membatalkan pertunjukannya di Tokyo pada 21 Mei.
Beberapa pertunjukan fesyen oleh jenama antarabangsa yang lain juga telah dibatalkan seperti Mido dan Salone del Mobile di Mila, Cosmoprof di Bologna, Watches & Wonders di Geneva dan Baselworld.
Namun, jenama seperti Chanel, Dior dan Max Mara masih meneruskan aktiviti pertunjukan masing-masing.
#batal pertunjukan
#COVID-19
#Gucci
#Minggu Fesyen New York
#penyebaran wabak
#pertunjukan musim luruh 2020
#Prada
#Ralph Lauren
#Watches & Wonders
#WWD