Selepas dutanya diusir dari Kanada, China ambil langkah serupa

Bernama
Mei 9, 2023 16:45 MYT
China menentang sekeras-kerasnya tindakan itu serta telah membuat bantahan keras terhadap Kanada. - Gambar fail/Reuters
BEIJING: Jurucakap Kementerian Luar China pada Selasa mengisytiharkan diplomat Konsulat Jeneral Kanada di Shanghai sebagai persona non grata, lapor Xinhua.
Jurucakap itu berkata bahawa pada 9 Mei, kerajaan Kanada telah mengisytiharkan diplomat Konsulat Jeneral China di Toronto sebagai persona non grata.
China menentang sekeras-kerasnya tindakan itu serta telah membuat bantahan keras terhadap Kanada.
Sebagai tindak balas terhadap tindakan tidak bertanggungjawab Kanada, China memutuskan untuk mengisytiharkan Konsulat Jeneral Kanada di Shanghai Jennifer Lynn Lalonde sebagai persona non grata, dan duta berkenaan diminta meninggalkan China sebelum 13 Mei.
China berhak untuk melakukan tindak balas selanjutnya, menurut jurucakap itu.
-- BERNAMA
#China #Kementerian Luar #persona non grata #Kanada
;