Selepas dedah kisah kesakitan, atlet 12 jari kaki dari India bakal dapat tajaan kasut khas

Agensi
September 2, 2018 15:34 MYT
Swapna Barman mengatasi segala kesulitan demi menyasarkan yang terbaik dalam kerjaya sukan yang disertainya. - AP
Seorang atlet dari India pemenang pingat emas yang mempunyai enam jari di setiap belah kakinya bakal menerima kasut rekaan khas selepas ketua sebuah syarikat tersentuh hati apabila mengetahui kisahnya.
Atlet heptatlon Sukan Asia 2018 itu, Swapna Barman, 21, dalam satu wawancara memberitahu tentang keadaan fizikalnya yang menyebabkan dia menanggung kesakitan sewaktu bersaing dalam acara larian 800 meter peringkat akhir.
Sebuah syarikat di Chennai telah tampil untuk membantu Barman memiliki kasut rekaan khas.
“Selepas memenangi emas, baru saya tahu mengenai perbezaan fizikalnya,” ujar Sidhanshu Mani, iaitu pengurus besar syarikat Integral Coach, yang memberi dana kepada latihan atlet,
Mani berkata, Barman memerlukan empat pasang kasut untuk tujuh acara heptahlon itu.
“Kami sedang berunding dengan Nike. Kami sedang menunggunya untuk pulang ke tanah air supaya kami mendapat ukuran saiznya untuk membuat kasut tersebut,” ujarnya.
Barman berasal dari sebuah keluarga miskin di bandar Jalpaiguri dan pencapaiannya telah mendapat perhatian seluruh India.
Bapanya pernah bekerja sebagai penarik beca namun kini terlantar akibat serangan strok. Ibunya, Basana Devi, terpaksa meninggalkan kerja sebagai pemetik daun teh untuk menjaga suaminya itu.
Keluarga tersebut disara oleh anak lelaki mereka yang memperoleh pendapatan sebagai tukang batu.
Sebuah video yang menunjukkan keluarga Barman gembira menonton kejayaan Swapna di televisyen menjadi sensasi media di India.
Ibunya dilihat segera berlari ke sebuah kuil di luar rumah untuk berterima kasih atas kejayaan anaknya.

Family members of Swapna Barman celebrate at their residence in Jalpaiguri after she won gold medal in Women's Heptathlon at #AsianGames. Her mother says,"We're very happy. Me & Swapna's dad toiled hard to help her in her journey. Today all our dreams came true." #WestBengal pic.twitter.com/oXMvTwornT

— ANI (@ANI) August 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Basana Devi memberitahu media tempatan bahawa kos pembedahan jari 'tambahan' anaknya itu terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung keluarganya.
Kerajaan Bengal Barat sebelum ini pernah berjanji akan memberi ganjaran berjumlah 1 juta Rupee (RM57,500) atas kejayaan Barman di temasya sukan tersebut.
Di Jakarta, Barman turut cemerlang dalam acara lompat tinggi, lontar peluru, merejam lembing dengan memperoleh 6,026 mata.
#atlet india #kasut rekaan khas #pingat emas #swapna barman
;