Selepas Ariana Airlines nafi, pesawat terhempas didakwa milik tentera AS pula

Agensi
Januari 27, 2020 05:08 MYT
Pesawat model sama yang dilaporkan terhempas di daerah Deh Yak di negeri Ghazni, Kabul pada Isnin. -Gambar www.theaviationist.com
SEBUAH pesawat yang dilaporkan terhempas di daerah Deh Yak di negeri Ghazni, Kabul pada Isnin didakwa milik pesawat tentera Amerika Syarikat (AS).
Media antarabangsa melaporkan pesawat yang diubah suai dan dikenali sebagai Bombardier Global 6000 didakwa digunakan oleh AS sebagai platform komunikasi dengan tentera yang beroperasi di pergunungan Afghanistan.
Beberapa gambar dan video turut tersebar di laman sosial menunjukkan bangkai pesawat itu jelas kelihatan tertera nombor pendaftaran 11-9358 jenis E-11A.
Walaupun badan pesawat itu terbakar, bahagian enjin pesawat itu didakwa tertulis USAF (United States Air Force).
Sementara itu, Reuters melaporkan Taliban mendakwa telah menembak jatuh sebuah pesawat tentera AS di Ghazni menyebabkan semua penumpang terbunuh.
Namun AS, ketika mengesahkan pesawat tenteranya terhempas di Afghanistan pada Isnin, menolak dakwaan pesawat itu ditembak jatuh oleh Taliban.
Menurut jurucakap Kolonel Sonny Leggett dalam satu kenyataan, punca kemalangan masih dalam siasatan disiasat dan pihaknya mendapati tiada kesan kemalangan disebabkan oleh musuh.
BACA: Pesawat Afghanistan bawa 80 penumpang terhempas
Terdahulu, laporan awal kejadian menyebut bahawa ia pesawat penumpang milik Ariana Airlines, namun dinafikan syarikat penerbangan itu.
#Afghanistan #Amerika Syarikat #laman sosial #Media #pesawat #terhempas #United States
;