Selepas 7 jam penerbangan, gajah paling sunyi di dunia Kaavan selamat tiba di Kemboja

Khairunnisa Kasnoon
Disember 1, 2020 21:04 MYT
Kaavan akhirnya tiba di Siam Reap untuk ditempatkan di kawasan perlindungan negara itu selepas diterbangkan dari Pakistan. -Twitter / @fourpawsint
SIAM REAP: GAJAH paling sunyi di dunia, Kaavan akhirnya tiba di Siam Reap untuk ditempatkan di kawasan perlindungan negara itu selepas diterbangkan dari Pakistan.
Menurut organisasi yang menguruskan perpindahannya Four Paws, Kaavan turut menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum menaiki pesawat.
Gajah berusia 35 tahun seberat 200 kilogram itu diletakkan di dalam kontena untuk menaiki pesawat selama tujuh jam.
Four Paws memaklumkan sepanjang perjalanan, Kaavan tidak mengalami sebarang tekanan dan sihat.

#FreeKaavan : Up in the air! Moving this big boy from Pakistan to Cambodia was logistically challenging and the hardest rescue ever for us. This plane ride would never have happened without the trust and support of American Businessman, Eric Margolis. pic.twitter.com/SXWfckLmCe

— FOUR PAWS (@fourpawsint) November 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketibaan Kaavan disambut mesra di Kemboja yang turut disertai selebriti popular Amerika Syarikat, Cher yang bertanggungjawab menyelamatkan Kaavan.
Cher yang mengetahui tentang kisah Kaavan menerusi Twitter, menggerakkan usaha membebaskan Kaavan sejak beberapa tahun lalu.

#FreeKaavan : Kaavan arrived! Last night the loneliest elephant in the world was loaded on an airplane in Islamabad. Together with the team on-site, Dr Frank Goeritz and Dr Amir Khalil were right by his side throughout the whole trip. pic.twitter.com/b1745OQFsi

— FOUR PAWS (@fourpawsint) November 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada lewat Isnin, Kaavan dibawa ke sebuah kem di wilayah Oddar Meanchey di utara Kemboja di mana ia akan diletakkan di dalam kandang untuk dikuarantin.
Selepas Kaavan dapat menyesuaikan diri dan berada dalam keadaan terkawal, ia akan dibebaskan kawasan perlindungan berkenaan.
Kaavan yang merupakan hadiah dari Sri Lanka kepada Pakistan, menetap di Zoo Marghazar, Islamabad bersama pasangannya Saheli yang mati pada 2012.
Kematian Saheli memberi kesan emosi dan mental kepada Kaavan.
Keadaan bertumbuh buruk apabila mahkamah Pakistan mengarahkan zoo berkenaan ditutup.

#FreeKaavan : First steps in his new forever home! It is already dark and difficult to see, but we still want to make sure you are a part of this milestone Kaavan stepping foot into the sanctuary in Cambodia for the first time. pic.twitter.com/pDeTvwrz6U

— FOUR PAWS (@fourpawsint) November 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Pakistan #Sri Lanka #gajah #Kaavan #Cher #Kemboja #pesawat #FreeKaavan #COVID-19 #ujian saringan #penerbangan