Selepas 16 tahun, ibu bapa dipenjara tergamak bunuh anak sendiri

Agensi
April 15, 2019 15:16 MYT
Bukti berkenaan akhirnya membawa kepada hukuman penjara 25 tahun setelah kedua ibu bapa mangsa, didapati bersalah. - Foto Reuters
SETELAH 16 tahun, akhirnya misteri kematian seorang pelajar perempuan Shafilea Ahmed terjawab apabila kegiatan ibu dan bapanya akhirnya terbongkar.
Shafilea yang ketika itu berusia 16 tahun, telah dibunuh dengan kejam oleh ibu bapanya sendiri pada 2003 dengan mencekik dan melemaskannya menggunakan beg plastik sehingga mati.
Mayat Shafilea kemudian ditemui di sungai Cumbria lima bulan kemudian selepas dia dilaporkan ‘hilang’ dan tidak pulang ke rumahnya di Warrington, Cheshire.
Lapor Mirror UK, ibu dan bapanya Iftikhar dan Farzana Ahmed dipercayai berjaya terlepas dari pertuduhan bunuh kerana ketika itu polis gagal mendapatkan bukti kukuh untuk menahan mereka.
Bagaimanapun, rahsia besar berkenaan akhirnya terbongkar apabila salah seorang adik perempuan Shafilea iaitu Alesha membuka mulut dan bersetuju memberi keterangan bahawa dia sendiri menyaksikan kakaknya dibunuh oleh ibu dan bapanya.
Dalam masa sama, pendakwa raya tahu ia belum cukup kukuh untuk menyabit kesalahan bunuh ke atas ibu dan bapanya, sehinggalah rakan baik mangsa Shahin Munir muncul selepas empat tahun menyimpan rahsia.
Shahin telah menyimpan salinan surat yang ditulis oleh seorang lagi adik perempuan Shafilea, Mevish yang menerangkan secara terperinci apa yang telah berlaku, sama seperti apa yang diceritakan Alesha.
Bukti berkenaan akhirnya membawa kepada hukuman penjara 25 tahun setelah kedua ibu bapa mangsa, didapati bersalah.
Shahin berkata, saat pertama kali mengetahui rakannya dibunuh, beliau berjanji untuk merahsiakannya.
Dia berkawan baik dengan Shafilea dan tiga adiknya kerana sering pergi ke masjid yang sama.
Selepas Shafilea ditemui mati salah seorang daripada mereka, Mevish, yang kini berusia 18 tahun dan belajar di kolej yang sama dengan Shahin, mula menceritakan tentang cara kejam ibu bapanya ke atas kakaknya.
"Mevish mula membuka cerita kepada saya tentang ketika Shafilea akan dikunci di luar, Shafilea sering dipukul, bagaimanapun dia tidak dapat berbuat apa-apa.
"Terdapat banyak penyalahgunaan emosi berlaku dan Shafilea sering dikunci di dalam bilik atau di luar.
"Mereka adik beradik sering secara senyap membawa makanan kepada Shafilea sekiranya ibu dan bapanya tiada di rumah,” cerita Shahin.
Shafilea dibunuh pada 11 September 2003 selepas ibunya, Farzana, 49, mengambilnya pulang dari kerja dan mendapati Shafilea memakan baju-T sehingga menampakkan lengannya.
Bapa Shafilea, Iftikhar, 52 tahun, dipercayai telah membawa mayat anaknya ke Sedgwick dan membuangnya ke Sungai Kent.
Mayat mangsa ditemui lima bulan kemudian.
#bunuh #farzana #hilang #keluarga #mangsa #pelajar #Shafilea Ahmed #shahin
;