Selepas 104 hari ditutup, Menara Eiffel kembali dibuka

Agensi
Jun 25, 2020 23:06 MYT
Pelancong dan pengunjung tempatan yang kembali melawat kawasan pelancongan itu turut diraikan dengan maskot dan kemeriahan muzik yang dimainkan. Foto: AP
Selepas 104 hari ditutup, mercu tanda popular Paris, Menara Eiffel, kembali dibuka kepada pengunjung pada Khamis.
Ini merupakan penutupan paling lama sejak Perang Dunia Kedua.
Pelancong dan pengunjung tempatan yang kembali melawat kawasan pelancongan itu turut diraikan dengan kehadiran maskot dan kemeriahan muzik yang dimainkan.
Menurut Ketua Pengarah Menara Eiffel, Patrick Branco Ruivo, susulan penutupan akibat perintah berkurung di Perancis, syarikat pengendali kerugian hampir 27 juta Euro (RM129.56 juta).
"Kami akan melakukan pelbagai langkah penjanaan semula kerana kami kerugian 27 juta Euro semasa menara ini ditutup susulan perintah berkurung di Paris.
"Tetapi kami tetap optimis. Hari ini merupakan hari gembira buat kami.
"Dari pihak kami, seramai 800 kakitangan akan bekerja untuk melayan pengunjung yang datang," jelasnya.
BACA: Menara Eiffel kembali dibuka kepada pengunjung bermula 25 Jun
Bagaimanapun, mercu tanda dengan ketingga 324 meter dijangka tidak akan menerima kunjungan pelancong asing dalam masa terdekat susulan beberapa sekatan masih dilaksanakan di negara itu.
Malah, prosedur operasi standard (SOP) baharu dilaksanakan bagi pengunjung termasuk kapasiti terhad dan menggunakan pelitup mulut dan hidung
#COVID-19 #dibuka #Menara Eiffel #Paris
;