Selepas 100 tahun, California condor kembali 'beraksi' di habitat asal
Agensi
Mac 27, 2021 08:31 MYT
Mac 27, 2021 08:31 MYT
PELAN konservasi bagi burung hering spesies California condor kini lebih menarik selepas populasi haiwan yang disifatkan sangat terancam itu terus menunjukkan peningkatan.
Kini Perkhidamatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat merancang untuk membebaskan sejumlah kecil burung itu di Taman Negara Redwood, utara California.
Inisiatif yang dijangka dilaksanakan seawal September tahun ini bertujuan bagi melaksanakan 'populasi kajian tidak berkeperluan' di Pacific Northwest, di mana spesies itu tidak pernah hidup secara liar sejak seabad lalu.
Menurut laporan San Francisco Chronicle, projek itu merancang untuk melepaskan empat hingga enam burung hering setiap tahun selama 20 tahun.
Perkhidamatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat memaklumkan, beribu tahun lalu, burung California condor hidup di sekitar Pacific Northwest dan Texas, Florida serta New York.
Namun, pada penghujung 1900, populasi itu kebanyakkan terhad di kawasan selatan California akibat keracunan plumbum.
Perkhidmatan Taman Negara memaklumkan, kebanyakan burung yang mati didapati telah memakan haiwan lain yang ditembak oleh pemburu termasuk memakan serpihan peluru yang mengandungi kandungan plumbum yang tinggi.
Pada Julai 2019, California mengharamkan bahan api termasuk peluru yang mengandungi plumbum.
#California
#New York
#Amerika Syarikat
#Burung Hering
#California condor
#burung liar
#haiwan liar
#haiwan terancam
#pemuliharaan