Selepas 10 tahun, Jong-un akhirnya jemput Presiden Korea Selatan ke Pyongyang
Agensi
Februari 11, 2018 09:11 MYT
Februari 11, 2018 09:11 MYT
Selepas lebih 10 tahun tanpa pertemuan pemimpin kedua-dua negara, pemimpin Korea Utara Kim Jong-un akhirnya menjemput Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in untuk mengadakan perbincangan di Pyongyang, kata pegawai Korea Selatan pada Sabtu.
Inti kandungan mesyuarat tidak dinyatakan dengan jelas tetapi ia sudah pastinya berkisar tentang hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sebelum ini tegang.
Ia akan sedikit sebanyak telah membuka ruang perbincangan dan peluang untuk memperbaiki hubungan diplomatik selain Jong-un seakan mengenepikan pendirian dan dasar Korea Utara sebelum ini yang menutup untuk mengadakan perbincangan terutamanya membabitkan program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.
Jemputan peribadi dari Jong-un disampaikan secara lisan oleh adik perempuannya, Kim Yo-jong, semasa memberikan ucapannya ketika makan tengah hari bersama Moon di Rumah Presiden di Seoul.
“Jong-un mahu bertemu Moon dalam masa terdekat dan beliau sangat mahukan dia (Moon) melawat Korea Utara," katanya.
Beliau juga mengajak presiden itu agar mewujudkan mekanisme baharu yang membolehkan lawatan itu dapat direalisasikan.
Seorang pegawai Rumah Presiden yang ditemui memberitahu media bahawa jemputan tersebut secara asasnya sudah diterima sebagai sesuatu yang ‘praktikal’ oleh presiden Korea Selatan itu.
#berpandu
#Diplomatic
#Korea
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Media
#North Korea
#peluru
#presiden
#Pyongyang
#rumah
#tegang