Selatan China siap sedia hadapi Taufan Yagi
Bernama
September 3, 2024 16:36 MYT
September 3, 2024 16:36 MYT
HAIKOU: Wilayah Hainan di selatan China mengaktifkan tindak balas kecemasan tahap IV susulan Taufan Yagi dijangka melanda kawasan pantainya, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa.
Taufan Yagi iaitu taufan ke-11 tahun ini, kini bergerak ke timur Laut China Selatan dan semakin menghampiri Pulau Hainan.
Taufan ini dijangka melanda pantai timur Hainan dan pantai barat Guangdong pada Jumaat.
Biro meteorologi wilayah melaporkan bahawa angin kencang boleh mencapai tahap 15-17.
Pulau Hainan juga dijangka mengalami hujan lebat pada Khamis hingga Sabtu.
-- BERNAMA