Selamat jalan kumpulan terakhir jemaah haji Iraq, pulang menerusi pintu sempadan Jdeidet Arar

Bernama
Jun 29, 2024 00:30 MYT
Jumlah jemaah haji Iraq yang berlepas menerusi pintu masuk Jdeidet Arar di Wilayah Sempadan Utara ialah melebihi 21,000 orang. - Foto SPA
ARAR (Arab Saudi): Pihak berkuasa di pintu masuk Jdeidet Arar di wilayah sempadan utara mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan terakhir jemaah haji Iraq yang telah menyelesaikan ibadah Haji mereka.
Gabenor Wilayah Sempadan Utara Putera Faisal bin Khalid bin Sultan bin Abdulaziz menyelia perjalanan pulang mereka, menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Jumlah jemaah yang berlepas melebihi 21,000, dan pelbagai agensi keselamatan serta perkhidmatan menyediakan perkhidmatan komprehensif untuk mempercepatkan prosedur kastam dan pentadbiran.
Selain itu, sukarelawan turut berusaha mengagihkan al-Quran kepada jemaah yang berlepas sebagai buah tangan daripada Penjaga Dua Masjid Suci.

Jdeidet Arar Crossing Bids Farewell to Last Group of Iraqi Pilgrims.https://t.co/DAGR9V2PP0#SPAGOV pic.twitter.com/LuHqgHpYTR

— SPAENG (@Spa_Eng) June 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
--BERNAMA-SPA
#jemaah haji Iraq #Putera Faisal bin Khalid bin Sultan bin Abdulaziz #sempadan Saudi-Iraq #Jdeidet Arar