Sekurang-kurangnya tiga tebusan ditahan lelaki bersenjata di Amerika Syarikat

APTN
Mac 9, 2018 06:15 MYT
Rumah jagaan orang tua tersebut dibuka pada 1884 merupakan pusat terbesar seumpamanya di Amerika Syarikat. - AP
Seorang lelaki lengkap bersenjata dan berpakaian perisai menahan sekurang-sekurangnya tiga tebusan dari Veterans Home of California di Yountville, Napa County, California, Amerika Syarikat.
Kejadian menyebabkan pihak polis menutup akses ke rumah veteran tersebut.
Pihak polis di Napa County pada awal Jumaat turut mengeluarkan amaran kepada penduduk setempat pada jam 10.30 pagi waktu tempatan untuk mengelakkan kawasan tesebut.
Kejadian bermula apabila suspek berusia 36 tahun tersebut dilapor memasuki rumah tersebut dan menurut laporan Metro.uk, suspek dipercayai turut melepaskan 15 hingga 20 das tembakan.
Rumah jagaan orang tua tersebut dibuka pada 1884 merupakan pusat terbesar seumpamanya di Amerika Syarikat.
Ia merupakan pusat penempatan bagi 1,000 warga tua dan kurang upaya juga menyediakan beberapa fasiliti untuk aktiviti rekreasi dan sosial.
Rumah itu turut dihuni veteran-veteran perang kehilangan upaya yang terlibat dalam perang dunia kedua, perang Korea, perang Vietnam dan beberapa lagi.
#California #lelaki bersenjata #Napa County #tebusan
;