Sekurang-kurangnya seorang maut akibat gempa bumi di Guatemala

Bernama
Februari 17, 2022 11:36 MYT
Pekerja menjalankan kerja-kerja pembersihan di sebatang jalan menuju ke El Hato di Antigua, susulan kejadian gempa bumi di Guatemala, 16 Feb 2022. (Foto AP)
GUATEMALA: Sekurang-kurangnya seorang maut dan seorang kanak-kanak cedera selepas gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Guatemala dan mengakibatkan kerosakan di tujuh kawasan pada Rabu, lapor Xinhua.
Institut Kebangsaan bahagian Seismologi, Vulkanologi, Meteorologi dan Hidrologi berkata, gempa pada 01:12 pagi waktu tempatan (0712 GMT), direkodkan di luar pantai barat Escuintla di Lautan Pasifik pada kedalaman 36 kilometer, menyebabkan beberapa gempa susulan di kawasan itu.
Menurut Jabatan Koordinasi Kebangsaan bagi Pengurangan Bencana, seramai 24,790 orang terjejas, termasuk seorang maut di bandar Mixco dan seorang kanak-kanak patah tangan.
Sebanyak 12 jalan mengalami kerosakan, manakala bilangan bangunan dan kediaman musnah terus meningkat.
--BERNAMA
#Guatemala #gempa bumi
;