Sekurang-kurangnya empat maut dalam kejadian gempa bumi di Papua
Fareez Azman
Februari 9, 2023 17:48 MYT
Februari 9, 2023 17:48 MYT
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.4 magnitud di Papua, Indonesia pada Khamis.
Menurut Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) Indonesia, mangsa yang terkorban ditemui di bawah runtuhan bangunan yang roboh akibat gegaran gempa.
Gempa bumi itu berlaku di Bandar Jayapura pada jam 1.28 tengah hari waktu tempatan.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) memaklumkan, gempa tersebut direkodkan pada kedalaman 10 kilometer.
Video mengenai kejadian itu turut tular di media sosial memaparkan kerosakan yang berlaku pada bangunan serta infrastruktur awam.
Januari lalu, gempa berukuran 7.6 magnitud telah berlaku di Perairan Maluku dan Timor Leste.