Sekurang-kurangnya empat maut dalam insiden tembakan di sebuah bar di AS

Bernama
Ogos 24, 2023 07:13 MYT
Penembak turut terbunuh dalam kejadian yang berlaku di bar Cook's Corner yang terletak di Trabuco Canyon, Orange County itu. - Foto AP
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan di sebuah bar di negeri California di Amerika Syarikat pada Rabu.
Penembak turut terbunuh dalam kejadian yang berlaku di bar Cook's Corner yang terletak di Trabuco Canyon, Orange County, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan polis.
Lima lagi mangsa mengalami luka akibat tembakan dan dibawa ke hospital berdekatan.
-- BERNAMA
#insiden tembakan #empat maut #California #Amerika Syarikat #tembakan di bar