Sekurang-kurangnya 9 terbunuh dalam runtuhan pangsapuri di Kazakhstan

Agensi
Januari 2, 2017 08:47 MYT
Pihak berkuasa dalam satu kenyataan menyebut sembilan mayat berjaya ditarik keluar daripada runtuhan bangunan tersebut. -Gambar hiasan
Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh selepas sebahagian daripada bangunan pangsapuri di tengah Kazakhstan runtuh lewat Ahad.
Pihak berkuasa dalam satu kenyataan menyebut sembilan mayat – tiga lelaki, tiga wanita dan tiga kanak-kanak – ditarik keluar daripada runtuhan bangunan tersebut, lapor AFP.
Seorang lelaki berusia 32 tahun pula dijumpai selamat di bawah timbunan runtuhan.
Kenyataan sama turut menyebut bahawa sejumlah 70 petugas kecemasan telah dihantar ke lokasi kejadian untuk tugas menyelamat manakala penghuni bangunan itu diminta mengosongkan kediaman mereka.
Menurut kementerian itu lagi, sebuah jawatankuasa kerajaan telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut.
#Kazakhstan #pangsapuri runtuh #petugas kecemasan #timbunan runtuhan