Sekurang-kurangnya 7 maut, berpuluh cedera serangan peluru berpandu di Chernihiv, Ukraine

Bernama
Ogos 19, 2023 14:52 MYT
Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 90 lagi cedera Sabtu apabila serangan peluru berpandu mengenai bandar Chernihiv di utara Ukraine. - Foto AP
KIEV: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 90 lagi cedera Sabtu apabila serangan peluru berpandu mengenai bandar Chernihiv di utara Ukraine, lapor Xinhua memetik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri negara itu.
Sepuluh pegawai polis dan 12 kanak-kanak antara yang cedera dalam serangan itu, menurut kementerian itu dalam siaran di Telegram.
Menurut kenyataan di laman sesawang kementerian, peluru berpandu itu mengenai sebuah teater di tengah bandar itu.
Agensi berita UNIAN Ukraine melaporkan bahawa teater itu menganjurkan pameran dron ketika serangan berlaku.
--BERNAMA- XINHUA
#serangan peluru berpandu #Chernihiv #utara Ukraine #Rusia