Sekurang-kurangnya 6 maut, lebih 20 cedera dalam nahas bas di Thailand

Bernama
Mac 12, 2022 06:13 MYT
Kejadian dipercayai berpunca apabila bas hilang kawalan sebelum melanggar tiang jambatan. - Gambar hiasan
BANGKOK: Sekurang-kurangnya enam penumpang terbunuh manakala 24 lagi cedera termasuk 10 dilaporkan kritikal selepas terbabit dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah bas persiaran dua tingkat.
Nahas berlaku kira-kira 2.40 petang, di wilayah Saraburi kira-kira 110 kilometer dari Bangkok pada Sabtu dan kejadian dipercayai berpunca apabila bas itu hilang kawalan sebelum melanggar tiang jambatan.
Presiden Transport Company Limited, Dr. Sanlak Panwattanalikit, berkata bas itu membawa 34 penumpang dan dalam perjalanan dari Roi Et menuju ke Bangkok.
"Semua penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Saraburi dan dua hospital berdekatan di wilayah itu untuk rawatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
#Thailand #penumpang terbunuh #bas persiaran #kemalangan jalan raya
;