Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman

Bernama
Julai 16, 2024 02:20 MYT
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam kejadian tembakan di sekitar sebuah masjid di Wadi al-Kabir, Muscat, Oman.
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di Oman, menurut kenyataan pihak polis pada Selasa.
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat, lapor Agensi Anadolu.
-- BERNAMA
#tembakan #masjid #Oman