Sekurang-kurangnya 30 maut dalam kejadian tanah runtuh di Guatemala
Agensi
Oktober 3, 2015 12:20 MYT
Oktober 3, 2015 12:20 MYT
Sekurang-kurangnya 30 terbunuh manakala hampir 600 dilaporkan hilang susulan kejadian tanah runtuh di pinggir bandar Guatemala City.
Menurut pihak berkausa negara itu, setakat ini hanya 29 identiti mangsa berjaya dikenal pasti.
Antara mangsa yang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak.
Pihak berkuasa Guatemala menganggarkan sekurang-kurangnya 125 rumah musnah akibat bencana itu.
Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan dalam usaha mencari mangsa yang masih terperangkap.
34 mangsa berjaya diselamatkan sementara 25 yang lain cedera.
Tanah runtuh itu berlaku susulan hujan lebat lewat Khamis di pekan Santa Catarina Pinula dan perkampungan kecil El Cambray iaitu 15 kilometer timur bandar Guatemala.
Guatemala kini berhadapan musim hujan yang berpanjangan antara Mei hingga November.
Sebelum ini, 29 kematian dilaporkan dengan 9,000 kediaman musnah ketika musim hujan berpanjangan.