Sekurang-kurangnya 29 pekerja binaan maut, kelab malam di Istanbul terbakar
Agensi
April 2, 2024 22:29 MYT
April 2, 2024 22:29 MYT
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 29 orang maut dalam kebakaran di sebuah kelab malam di Istanbul yang dalam kerja-kerja pengubahsuaian, lapor media kerajaan pada Selasa.
Menurut Pejabat Gabenor Istanbul, lapan orang lagi cedera, dengan tujuh daripada mereka dalam keadaan parah.
Pejabat gabenor berkata kebakaran bermula di daerah Besiktas di tengah Istanbul dan kesemua mangsa adalah pekerja binaan.
Kebakaran bermula semasa pengubahsuaian di tapak itu, yang terletak di bawah tanah.
Menteri Kehakiman Turki, Yilmaz Tunc dalam catatan di X berkata, waran tangkap dikeluarkan ke atas lima individu termasuk tiga orang yang merupakan pengurus kelab malam terbabit dan seorang individu yang bertanggungjawab bagi kerja-kerja pengubahsuaian.
"Usaha pemeriksaan tapak dan pengumpulan bukti sedang dijalankan, dan sepasukan pakar keselamatan dan kebakaran pekerjaan giat menganalisa punca kebakaran," katanya.