Sekurang-kurangnya 26 maut, 8 hilang akibat banjir di Colombia

Astro Awani
November 20, 2020 06:45 MYT
Banjir yang melanda Colombia mengakibatkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal. (Foto AP)
TANAH runtuh dan banjir yang berpunca daripada hujan lebat di Colombia menyebabkan sekurang-kurangnya 26 maut manakala lapan lagi dilaporkan hilang.
Pihak berkuasa berkata, hujan lebat berterusan selama seminggu di kawasan yang meliputi hutan tropika Choco sehingga sempadan Cúcuta itu juga telah memusnahkan lebih 22,000 buah rumah dan mencederakan 39 orang.
Menurut pakar, hujan lebat itu berlaku disebabkan fenomena La Nina dan ribut tropika di perairan Caribbean.
Pada Isnin lalu, kepulauan Providencia dan San Andres dibadai Taufan Iota.
Pihak berkuasa berkata, ia merupakan kali pertama Colombia dibadai taufan dengan kekuatan maksimum iaitu Kategori Lima.
Ribut yang melanda itu memusnahkan 98 peratus daripada infrastruktur Providencia dan mengorbankan dua nyawa.
#Colombia #banjir #tanah runtuh #maut #hilang #Taufan Iota #ribut #La nina #Providencia #San Andres #hutan tropika Choco #Cucuta
;