Sekurang-kurangnya 20 cedera dalam insiden tembakan di Florida

Agensi
Februari 14, 2018 21:49 MYT
Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland dikategorikan dalam 'kod merah' apabila penembak dilaporkan masih bebas. -Gambar hiasan
Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah di Florida, Amerika Syarikat.
Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland dikategorikan dalam 'kod merah'.
Media melaporkan polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai penembak dalam kejadian itu.
Pada ketika ini, polis masih belum dapat mengesahkan angka rasmi mangsa yang tercedera mahupun terkorban.
Media tempatan melaporkan ratusan pelajar sekolah berkenaan dilihat berlari keluar daripada bangunan sekolah tersebut.
#Amerika Syarikat #Florida #Marjory Stoneman Douglas High School #Parkland #pelajar cedera #sekolah #tembakan