Sekurang-kurangnya 14 maut bas pelancong terjunam 10 meter ke gaung

Agensi
September 8, 2018 20:50 MYT
Bas itu dilihat menuruni bukit secara melulu dan hilang kawalan sebelum terjunam kira-kira 10 meter ke gaung. - Foto Twitter Hariyo Februaryanto
Sekurang-kurangnya 14 maut manakala beberapa lagi cedera apabila bas yang membawa pelancong tempatan terbabas lalu terjunam ke gaung di Bandung, Indonesia pada Sabtu.
Menurut polis tempatan, kemalangan itu berlaku apabila bas terbabit yang membawa kira-kira 30 penumpang dalam perjalanan ke kawasan percutian di wilayah Sukabumi, Jawa Barat.
Bas itu dilihat menuruni bukit secara melulu dan hilang kawalan sebelum terjunam kira-kira 10 meter ke gaung.
"Sejumlah 14 mangsa dibawa ke bilik mayat sebuah hospital awam. Bagi yang cedera, polis sedang mengenal pasti identiti mereka, kata Ketua Polis, Nasriadi.
Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke beberapa hospital tempatan.
Polis tidak menolak kemungkinan bas tersebut mempunyai kerosakan mekanikal apabila mendapat permit atau cukai jalan tidak diperbaharui sejak 2016.
Bas itu merupakan salah satu daripada empat bas persiaran yang dalam perjalanan dari Jakarta ke kawasan riadah di Pelabuhan Ratu, Sukabumi.
#Bandung Indonesia #bas persiaran #kemalangan #Pelabuhan Ratu #Pelancong Tempatan #sukabumi
;