Sekurang-kurangnya 12 cedera ribut musim sejuk melanda AS
Astro Awani
Februari 28, 2023 09:30 MYT
Februari 28, 2023 09:30 MYT
SEKURANG-kurangnya 12 orang cedera akinat ribut musim sejuk yang melanda bahagian selatan California, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
Keadaan itu turut mengakibatkan ribut sajli serta puting beliung di beberapa kawasan termasuk Oklahoma, Kansas, Missouri dan Texas.
Penduduk digesa untuk mencari perlindungan dan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menjangkakan keadaan ini akan berterusan minggu ini.
Angin kencang turut menyebabkan puluhan ribu rumah, terutamanya di kawasan Los Angeles, terputus bekalan elektrik.
Pada Isnin kira-kira 46,500 rumah di California terputus bekalan elektrik dan keadaan yang sama menjejaskan 28,300 rumah di Texas dan Oklahoma.
Di Oklahoma, tujuh puting beliung dilaporkan melanda negeri itu pada Ahad.
Rakaman video menunjukkan beberapa kenderaan terbalik serta bumbung rumah runtuh.
Angin kencang dengan kelajuan 183 kilometer sejam dicatat di bahagian utara Texas di sempadan Oklahoma, bersamaan dengan ribut Kategori 3.