Sekurang-kurangnya 11 terkorban dalam insiden tanah runtuh di Jawa Barat
Hafizi Rosli
Januari 10, 2021 11:25 MYT
Januari 10, 2021 11:25 MYT
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 18 lagi cedera dalam dua kejadian tanah runtuh di Indonesia susulan hujan lebat.
Insiden runtuhan di perkampungan Cihanjuang di daerah Sumedang Jawa Barat Indonesia itu terjadi ketika anggota penyelamat masih melakukan usaha penyelamatan susulan insiden pertama pada Sabtu.
Menurut Agensi Mitigasi dan Bencana Nasional Indonesia, ada anggota penyelamat yang turut menjadi mangsa.
Hujan dilaporkan berhenti pada Sabtu malam.
Anggota penyelamat turut berdepan cabaran untuk kerja penyelamatan apabila jambatan dan jalan raya terhalang oleh tanah runtuh.
Musim hujan dan air pasang dalam beberapa hari lalu menyebabkan puluhan insiden tanah runtuh dan banjir di banyak kawasan di wilayah Indonesia.
#tanah runtuh
#Indonesia
#hujan lebat
#Cihanjuang
#Sumedang
#jawa barat
#Agensi Mitigasi dan Bencana Nasional Indonesia