Sekurang-kurangnya 10 mati dalam nahas udara di Belgium
AFP
Oktober 20, 2013 12:40 MYT
Oktober 20, 2013 12:40 MYT
Sebuah pesawat di selatan Belgium yang membawa 10 penerjun udara terhempas tidak lama selepas memulakan penerbangan dan menyebabkan semua penumpang terbunuh pada Sabtu.
"Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Temploux dengan muatan 10 penerjun dan mungkin seorang juruterbang, telah terhempas kira-kira 10 minit kemudian di sebuah padang. Kesemua mereka mati di tempat kejadian. Jumlah mangsa mungkin dalam 10 atau 11 orang" kata Datuk Bandar Fernelmont, Jean -Claude Nihoul.
Menurut beliau lagi, adalah amat sukar untuk memberi laporan yang tepat memandangkan keadaan pesawat yang musnah akibat terbakar.
Tambah beliau lagi, pesawat ringan itu telah jatuh di ketinggian 250 meter dari kawasan perumahan di pekan Marchovelette iaitu enam batu dari selatan bandar Namur.