Sekurang-kurangnya 10 cedera dalam acara larian lembu Pamplona
Agensi
Julai 14, 2017 17:50 MYT
Julai 14, 2017 17:50 MYT
Sekurang-kurangnya 10 orang cedera pada dalam acara akhir larian lembu Pamplona 2017 pada Jumaat, namun tiada yang dilaporkan maut.
Acara tersebut menyaksikan sekumpulan peserta berpakaian serba putih bersama dasi merah, berasak-asak cuba melarikan diri di sebatang jalan sempit di dalam bandar itu sambil dikejar 12 ekor lembu dan penunggangnya.
Sekitar 2,000 peserta mengambil bahagian dalam acara tradisi itu setiap hari sejak ia dimulakan pada berabad-abad dahulu.
Dalam acara itu, lembu jantan dilepaskan dari kepungan khas ke jalan yang ditetapkan sepanjang 875 meter sehingga ke penamat di mana peserta akan berlari bagi mengelak daripada disondol haiwan berkenaan.
Acara ini juga pernah dipopularkan dalam novel penulis Ernest Hemingway yang berjudul "The Sun Also Rises" iaitu satu acara tempatan terbesar buat negara Sepanyol.
Acara itu bermula pada Jumaat lalu dan dalam lapan larian terakhir iaitu dari 7 Julai hingga 14 Julai, ia disertai lembu jantan terpantas dari ladang Miura yang mencatat rekod larian 2 minit 10 saat.
Setelah acara selesai di sebelah pagi, lembu-lembu itu akan dibawa ke pertandingan matador di dalam kandang pada sebelah petang.