PERBICARAAN kes bunuh seorang pengasuh di Britain menjadi semakin menarik selepas keterangan suspek utama kepada polis didedahkan.
Sabrina Kouider, 35, mendakwa mangsa Sophie Lionnet, 21, telah mengkhianatinya hanya kerana dia (Lionnet) dijanjikan dapat berlakon bersama Tom Cruise.
Dalam kenyataannya di Mahkamah Old Bailey, Kouider menyifatkan Lionnet sebagai 'syaitan' yang diupah untuk mengintipnya oleh bekas teman lelakinya, Mark Walton, yang juga pengasas kumpulan Boyzone.
Kouider, seorang pereka fesyen dan ibu kepada dua anak, dan Walton bertemu pada tahun 2011. Pasangan itu menetap bersama di Queensway, London selama dua tahun sebelum mereka berpisah.
Kouider memberitahu mahkamah, Lionnet ada mengaku kepadanya bahawa dia dibayar £18,000 oleh Walton di samping janji dapat berlakon dengan Cruise, jika dia mengintip majikannya itu dan melaporkan segala perbuatan Kouider kepadanya.
"Kamu lakukan ini (mengintip) kerana wang? Dia (Walton) kata mahu jadikan kamu seorang selebriti? Kamu nak berlakon bersama Tom Cruise?" kata Kouider kepada Lionnet dalam keterangannya.
Mahkamah juga diberitahu, mayat Lionnet ditemui rentung di serpihan unggun api dekat perkarangan rumah Kouider dan pasangan barunya, Ouissem Medouni, 40, di Southfields, London pada September lalu.
Mahkamah dimaklumkan, Kouider dan Medouni, kedua-duanya warga Perancis, terdahulu menyeksa Lionnet di bilik mandi sebelum mencampakkan mangsa ke atas unggun api.
Kedua-dua suspek dikatakan kemudian memanggang ayam tidak jauh dari unggun api itu.
Sementara itu, Kouider dan Medouni nafi dakwaan membunuh Lionnet namun mengaku membakar mayat mangsa.
Walton, yang datang dari Los Angeles, California di Amerika Syarikat untuk menghadiri perbicaraan tersebut, juga menafikan kenyataan yang dibuat oleh Kouider terhadapnya.
Dia juga berkata dia tidak tahu tentang kewujudan Lionnet sehinggalah pihak polis menghubunginya tentang kematian wanita itu pada September lalu.
Perbicaraan bersambung.
Agensi
Sun Mar 25 2018
Mayat Lionnet ditemui dalam keadaan rentung di atas sisa unggun api pada September tahun lalu. - news.sky.com
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Twitter tutup akses percuma untuk API
Caj bayaran oleh Twitter untuk mengakses API, bermakna perkhidmatan itu perlu menuntut wang daripada pengguna mereka.
Prasarana latih pemandu dan penyelia operasi MRT Jakarta
PRIME akan memberi latihan kepada penyelia operasi dan pemandu sistem Transit Aliran Massa (MRT) Jakarta bermula April ini.
Enam kawasan terus catat kualiti udara sangat tidak sihat
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan itu membabitkan kawasan utara di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Enam kawasan di utara catat IPU sangat tidak sihat pagi ini
Kualiti udara hari ini semakin merosot apabila enam kawasan di utara melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Bacaan IPU tertinggi dicatat adalah di Seremban iaitu 167 diikuti dengan Tawau (165), Banting (153), Bandaraya Melaka (147), dan Batu Muda Kuala Lumpur (137).
Kualiti udara merosot, sembilan kawasan catat IPU tidak sihat
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar mendapati, sehingga jam satu tengahari, Tawau mencatat IPU tidak sihat tertinggi dengan bacaan (124).
Jerebu: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Kawasan yang mencatatkan bacaan paling tinggi sehingga pukul 7 pagi tadi adalah Samarahan, Sarawak dengan bacaan 111.
Bahaya jerebu halus dalam paru-paru
Zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.
Semua sekolah di seluruh negara dibuka semula esok, kecuali Langkawi
Keputusan untuk menutup sekolah di Langkawi dibuat berdasarkan pemantauan bacaan IPU yang tidak banyak berubah sejak awal pagi tadi.
Jerebu: Ketampakan rendah kurang 5km dijangka berterusan sehingga Sabtu
Keadaan ini berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak dilengkapi alat navigasi kapal, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.