JAKARTA: Pemerintah Indonesia kembali membenarkan kegiatan sosio-ekonomi di luar Pulau Jawa dan Bali yang berstatus Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) level 3.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), level 3 menunjukkan bagi setiap 100 ribu penduduk kawasan, zon atau wilayah tertentu pada setiap minggu, jumlah jangkitan COVID-19 adalah antara 50 hingga 150 orang selain angka kematian adalah dua hingga lima kes.
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia, Airlangga Hartarto dalam sidang media menerusi webinar berkata sebanyak 302 kabupaten dan kota di luar Pulau Jawa dan Bali kini berstatus PPKM Level 3.
"Menerusi PPKM Level 3 di luar Jawa-Bali, pemerintah membenarkan kembali sekolah dibuka dengan protokol kesihatan yang ketat dengan kuota maksima (kehadiran pelajar) di kelas hanya 50 peratus.
"Selain itu, rumah-rumah ibadat boleh dibuka dengan maksima 20 orang, pusat-pusat membeli belah dibenarkan dibuka dengan jumlah pengunjung hanya maksima 50 peratus dan beroperasi hingga pukul 8 malam," katanya.
Bagaimanapun, PPKM level 4 dilanjutkan lagi di Pulau Jawa dan Bali bermula hari ini sehingga 16 Ogos ini.
Mengikut WHO, level 4 menunjukkan angka kes positif COVID-19 setiap minggu bagi setiap 100 ribu penduduk lebih daripada 150 kes dan lebih daripada 5 kes kematian.
Mengikut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), setakat semalam, jumlah kes positif keseluruhan di Indonesia kini melebihi 3.6 juta kes, dengan jumlah kematian sebanyak 108,571 orang, manakala lebih 440,000 pesakit aktif (sedang dirawat).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021
![Sekolah kembali dibuka di luar Pulau Jawa dan Bali di Indonesia Sekolah kembali dibuka di luar Pulau Jawa dan Bali di Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628584477_TBSCHOOLKIDSINDONESI.jpg)
Menerusi PPKM Level 3 di luar Jawa-Bali, pemerintah membenarkan kembali sekolah dibuka dengan protokol kesihatan yang ketat. - Foto REUTERS
![Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
![Rizky Febian, Mahalini nikah kali kedua susulan kontroversi perkahwinan tidak sah Rizky Febian, Mahalini nikah kali kedua susulan kontroversi perkahwinan tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735971686_RizkyFebianMahali.jpg)
Rizky Febian, Mahalini nikah kali kedua susulan kontroversi perkahwinan tidak sah
Rizky Febian, Mahalini menjalani akad nikah kedua di Hotel Raffles, Kuningan, Jakarta Selatan pada 27 Disember lalu.
![Prabowo mahu Bali jadi 'New Hong Kong' atau 'New Singapore' Prabowo mahu Bali jadi 'New Hong Kong' atau 'New Singapore'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730705743_TBTOURISTBEACH.jpg)
Prabowo mahu Bali jadi 'New Hong Kong' atau 'New Singapore'
Prabowo Subianto berhasrat menjadikan Bali sebagai "Singapura Baharu" atau "Hong Kong Baharu".
![Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728646754_IndonesiaChineseFu.jpg)
Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali
Agensi imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali menahan seorang warga China dalam Senarai Paling Dikehendaki Interpol.
![Lapangan Terbang Bali dilengkapi tiga pengimbas terma untuk cegah MPOX Lapangan Terbang Bali dilengkapi tiga pengimbas terma untuk cegah MPOX](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724409532_tbNgurahRaiInterna.jpg)
Lapangan Terbang Bali dilengkapi tiga pengimbas terma untuk cegah MPOX
Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali kini melaksanakan saringan suhu bagi setiap ketibaan antarabangsa sebagai sebahagian daripada langkah biosekuriti yang dipertingkatkan.
![103 warga asing ditahan di Bali disyaki salah guna permit izin tinggal 103 warga asing ditahan di Bali disyaki salah guna permit izin tinggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719525169_wargaasingbali.jpg)
103 warga asing ditahan di Bali disyaki salah guna permit izin tinggal
Operasi oleh Direktorat Pengawasan dan Penguatkuasaan Imigresen itu membawa kepada penahanan individu, termasuk 14 warga Taiwan.
![TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716268262_FadillahYusof.jpg)
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
![TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702363581_TBFADILLAHSHANGHAI.jpg)
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
![Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714469491_RizkyFebianjpg.jpg)
Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
![Wanita dipenjara 26 tahun bunuh ibu kandung Wanita dipenjara 26 tahun bunuh ibu kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705541086_TBBaliUSjpg.jpg)
Wanita dipenjara 26 tahun bunuh ibu kandung
Heather Mack juga dituduh bersubahat menyorok mayat ibunya itu di dalam beg pakaian.
![Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615465284_KebakaranHutan.jpg)
Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu
Bali mengisytiharkan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau melanda pulau itu.