Sekolah di selatan India ditutup akibat hujan lebat

Bernama
November 23, 2023 21:04 MYT
Hujan tanpa henti menyebabkan banjir dan penutupan sekolah di sekurang-kurangnya lima daerah di Tamil Nadu. - Gambar Sinar Harian
NEW DELHI: Hujan lebat menjejaskan kehidupan harian di beberapa negeri dan kawasan di selatan India iaitu Tamil Nadu, Kerala dan Puducherry sejak beberapa hari lalu, kata seorang pegawai Jabatan Meteorologi India (IMD) pada Khamis, lapor Xinhua.
Hujan tanpa henti menyebabkan banjir dan penutupan sekolah di sekurang-kurangnya lima daerah di Tamil Nadu.
Sekolah turut ditutup di daerah Puducherry pada Rabu berikutan hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam.
IMD meramalkan hujan di kawasan itu dalam beberapa hari akan datang pada minggu ini.
"Hujan lebat hingga sangat lebat dicatatkan di beberapa kawasan terpencil di Tamil Nadu, Puducherry dan Karaikal manakala hujan lebat di kawasan terpencil di Kerala," menurut IMD dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
#hujan lebat #penutupan sekolah #kawasan terpencil #kehidupan harian
;