Sekolah di Jerman mula dibuka dalam kebimbangan gelombang kedua COVID-19
Agensi
Ogos 10, 2020 19:44 MYT
Ogos 10, 2020 19:44 MYT
Pelajar sekolah di Berlin, Jerman kembali ke sekolah pada Isnin walaupun terdapat kebimbangan gelombang kedua penularan COVID-19 di negara itu ketika ini.
Bagaimanapun, para pelajar diwajibkan untuk memakai pelitup muka di dalam kelas dan tidak perlu memakainya bagi aktiviti tertentu seperti aktiviti sukan.
Malah beberapa garis panduan baharu juga diperkenalkan bagi mengekang penularan COVID-19 termasuk membolehkan sesi pembelajaran sukan, muzik dan drama dibenarkan tetapi dengan penjarakan fizikal.
Sekolah juga mula dibuka di beberapa daerah lain seperti Brandenburg dan Schleswig-Holstein.
Sebelum ini, Jerman memegang rekod sebagai negara terawal berjaya mengekang penularan COVID-19 dengan efisien.
Namun, pembukaan sekolah memberikan cabaran baharu buat negara itu untuk mengekalkan rekod tersebut.
Setakat ini, Jerman mencatatkan 215,000 kes positif dengan 9,200 kematian.