Sekolah agensi PBB di Gaza rosak teruk dibom Israel
Bernama
Oktober 9, 2023 14:20 MYT
Oktober 9, 2023 14:20 MYT
GAZA: Sebuah sekolah milik Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) "terkena secara langsung" pengeboman dan "rosak teruk" dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, kata agensi itu lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Sekolah yang menampung lebih 225 orang itu rosak teruk," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.
"Tiada kemalangan jiwa direkodkan dalam kalangan mangsa yang dipindahkan tetapi sekolah itu mengalami kerosakan struktur yang ketara."
UNRWA berkata ia melindungi lebih 73,000 penduduk yang hilang tempat tinggal di 64 buah sekolahnya di Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA