Sekatan perjalanan, Festival air tahunan di Myanmar terjejas
Agensi
April 19, 2020 20:50 MYT
April 19, 2020 20:50 MYT
SAMBUTAN Festival Songkran Tahun Baharu Myanmar atau Thingyan di Myanmar terjejas susulan sekatan perjalanan yang dilaksanakan oleh kerajaan tersebut berkuat kuasa 10 April hingga 19 April.
Festival tahunan itu dijadual bermula pada 13 hingga 16 April, dan diraikan secara traditional di seluruh negara.
Semua aktiviti air melibatkan festival tersebut terpaksa dibatalkan tahun ini susulan pandemik COVID-19.
Melalui sekatan perjalanan, aktiviti luar di Yangon turut dibatalkan dan langkah tersebut akan berkuat kuasa sehingga akhir April ini.
Myanmar mula mengharamkan warga asing yang masuk melalui pintu sempadan darat sejak kes pertama dilaporkan.
Setakat ini, Myanmar merekodkan 107 kes positif COVID-19 dengan lima kematian.