Sekatan imigresen: Mahkamah Persekutuan Seattle halang arahan eksekutif Trump
Agensi
Februari 4, 2017 11:02 MYT
Februari 4, 2017 11:02 MYT
Hakim Mahkamah Persekutuan Seattle telah mengeluarkan perintah sementara seluruh negara untuk menghalang arahan larangan perjalanan terhadap tujuh negara Islam, yang sebelum ini ditandatangani Presiden Amserika Syarikat (AS), Donald Trump.
Hakim Persekutuan James Robart menolak dakwaan pendakwa raya pentadbiran Trump bahawa negeri-negeri di AS tidak boleh mencabar perintah eksekutif presiden itu.
Aebelum ini lima negeri yang membantah larangan perjalanan itu ialah Washington, Ma¬ssachusetts, New York, Virginia dan Los Angeles.
Perintah eksekutif Trump yang ditandatangani Jumaat minggu lalu menggantung kemasukan pelarian dan menyekat visa pelancong dari tujuh negara iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.
Susulan itu lebih daripada 100,000 visa dibatalkan.
Langkah yang dikuat kuasa serta-merta itu sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran yang dilapor berlaku di lapangan terbang di bandar-bandar utama seluruh AS.