Sekatan COVID-19: Rakyat Belgium bantah pemendekan tempoh sijil vaksinasi
Astro Awani
Januari 23, 2022 06:58 MYT
Januari 23, 2022 06:58 MYT
PENUNJUK perasaan berkumpul di Brussels pada Ahad untuk memprotes langkah sekatan COVID-19 dan sijil vaksinasi yang dilaksana pihak kerajaan Belgium.
Ia susulan keputusan kerajaan yang mengurangkan kesahihan sijil vaksinasi daripada 270 hari kepada 150 hari, bermula 1 Mac.
Langkah itu diambil dalam usaha kerajaan menggalakkan lebih ramai orang menerima suntikan dos penggalak COVID-19.
Demonstrasi di Brussels diadakan serentak dengan protes yang turut diadakan di bandar-bandar Eropah yang lain.
Belgium melaporkan peningkatan kes COVID-19 dan kemasukan ke hospital pada Januari.
Menurut data, negara itu telah merekodkan lebih 30,000 kes harian antara 11 dan 17 Januari.