AS sedia kaji pilihan lain jika rundingan nuklear Iran gagal
Astro Awani
Ogos 28, 2021 09:21 MYT
Ogos 28, 2021 09:21 MYT
AMERIKA Syarikat (AS) sedia mengkaji pilihan lain, sekiranya rundingan diplomasi dengan Republik Iran berhubung isu nuklear gagal diselesaikan.
Kenyataan Presiden Joe Biden ini dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Israel yang baharu Naftali Bennett pada Jumaat.
"Kami berbincang tentang komitmen memastikan Iran tidak akan membangunkan senjata nuklear. Tetapi, buat masa ini, kami mengutamakan diplomasi terlebih dahulu.
"Sekiranya gagal, kami sedia kaji pilihan lain. Kami akan sokong usaha Israel menjalin hubungan lebih baik dengan negara Arab dan Islam.
"Ia trend yang sepatutnya digalakkan. Kami juga akan membincangkan cara-cara untuk memajukan keamanan, kedamaian dan kemakmuran bagi Israel dan Palestin," kata Biden di Washington DC pada Jumaat.
Israel sebelum ini menganggap Iran sebagai satu ancaman, susulan program nuklearnya.
Namun, Iran mempertahankan, program berkenaan bertujuan keamanan.