"Sedia berkhidmat" - kenyataan pertama Kamala Harris di Twitter sebagai Naib Presiden AS
Agensi
Januari 20, 2021 01:34 MYT
Januari 20, 2021 01:34 MYT
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris mengeluarkan kenyataan pertamanya menerusi akaun Twitter rasmi @VP sebaik selesai mengangkat sumpah di Bangunan Capitol.
“Sedia berkhidmat.” Itu ciapan ringkas yang dikeluarkan olehnya.
Manakala menerusi akaun peribadinya, Harris, 56 memuat naik ciapan fotonya dengan kenyataan "untuk rakyat, sentiasa”.
Walaupun kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan itu cukup ringkas, namun sambutan dan komen yang diterima amat menggalakkan.
Majoriti rakyat AS sendiri memberi ucapan positif dan menyatakan rasa bangga untuk memiliki Harris dan Joe Biden sebagai Presiden AS yang baharu.
Upacara angkat sumpah ke-59 ini cukup memberi makna kepada penduduk di AS yang memerlukan perubahan dan penambahbaikan ketika negara itu diancam oleh wabak COVID-19.