Sebulan selepas dibenar terbang, pesawat Boeing 737-8 Max mendarat cemas akibat masalah enjin

Agensi
Disember 26, 2020 10:27 MYT
Pesawat yang mempunyai tiga kru penerbangan itu menerima isyarat mengenai masalah pada salah satu enjinnya. -Gambar fail
OTTAWA: Baru sebulan dibenarkan terbang, pesawat Boeing 737-8 Max sekali lagi dilapor mengalami masalah enjin.
Pesawat milik Air Canada itu yang sedang dalam penerbangan dari Arizona ke Montreal terpaksa memendekkan perjalanan dan mengubah haluan ke Tucson, Arizona ekoran masalah enjin.
Pesawat yang mempunyai tiga kru penerbangan itu menerima isyarat mengenai masalah pada salah satu enjin dan memaksa juruterbang mematikannya.
“Pesawat itu dilencongkan ke Tucson, dan ia mendarat dengan selamat,” menurut jurucakap Air Canada pada Jumaat.
Menurut jurucakap itu lagi, juruterbang menerima isyarat tekanan hidrolik rendah pada enjin kiri, dan mengisytiharkan situasi kecemasan.
Menurutnya lagi, pesawat moden kebiasaannya direka untuk membolehkan ia terbang dengan satu enjin pada ketika kecemasan, dan kru Air Canada telah dilatih untuk menghadapi saat-saat seperti itu.
Pesawat Boeing 737 Max tidak dibenarkan terbang selama 20 bulan susulan dua kejadian melibatkan pesawat model itu sepanjang tiga tahun lalu.
BACA: Nahas Ethiopian Airlines: 149 penumpang, 8 kru pesawat disahkan terkorban
BACA: Pesawat Lion Air terhempas: 189 penumpang dipercayai terkorban
BACA: Negara mana yang telah gantung pesawat Boeing 737 MAX 8?
BACA: Boeing 737 Max dibenar terbang semula selepas dua tahun digantung operasi
BACA: Keluarga mangsa nahas pesawat kecewa Boeing 737 Max dibenar terbang semula
Larangan itu bagaimanapun dibatalkan bulan lepas.
#Canada #Boeing #pesawat #penerbangan #Boeing 737-8 Max #Air Canada #mendarat cemas
;