Sebuah hotel di Mekah terbakar, cetus kebimbangan

Bernama
Ogos 22, 2017 09:53 MYT
Kebimbangan tercetus di kalangan jemaah haji apabila satu kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Mekah pada Isnin. - Gambar hiasan
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Mekah Arab Saudi pada Isnin, sekaligus mencetuskan kebimbangan kepada jemaah haji, menurut pertahanan awam lapor agensi berita China Xinhua.
Jurucakap pertahanan awam, Nayef al-Sharif, berkata semua penghuni hotel seramai 600 orang berjaya dipindahkan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Beliau berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada masalah penghawa dingin di tingkat lapan sebuah hotel di Azaziyah.
Kebanyakan penghuni adalah warga Turki dan Yaman dan mereka kemudian dibenarkan kembali semula ke hotel.
-- BERNAMA
#Arab Saudi #hotel #Mekah #terbakar #warga turki #warga Yaman
;