'Saya tidak pernah keluarkan kenyataan berbaur perkauman' - Trump
Agensi
Januari 15, 2018 11:33 MYT
Januari 15, 2018 11:33 MYT
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Ahad menafikan dia seorang yang 'rasis' (perkauman) dan menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur perkauman.
Trump menegaskan perkara itu selepas diajukan soalan berkenaan isu polisi migran melibatkan kanak-kanak pelarian (DACA).
"Secara jujur, saya tidak fikir ahli Parti Demokrat mahu melakukan sesuatu berhubung perjanjian DACA tersebut.
"Saya fikir mereka hanya sekadar bercakap mengenai DACA tetapi mereka tidak mahu membantu golongan itu." jelasnya.
Kenyataan menepis dakwaan perkauman itu dibuat Trump beberapa hari selepas satu kenyataan perkauman yang dibuatnya mengenai Haiti dan beberapa negara Afrika.