'Saya suka pekerjaan saya' ucap anggota tentera AS sebelum maut dalam serangan

Astro Awani
Ogos 29, 2021 08:15 MYT
Sarjan Nicole Gee dilihat menenangkan seorang bayi di Lapangan Terbang Kabul. - Foto Instagram/Nicole Gee
ANTARA foto terakhir yang dimuat naik oleh anggota Tentera Laut Amerika Syarikat, Sarjan Nicole Gee menunjukkan dia sedang menenangkan seorang bayi di Lapangan Terbang Kabul.
Dalam ciapan di akaun Instagram miliknya, Gee tulis dia sangat suka pekerjaannya.
Kurang dari seminggu gambar itu dimuat naik, wanita berusia 23 tahun itu maut dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Kabul pada Khamis lepas.
Dia antara 13 anggota tentera Amerika Syarikat yang terkorban dalam serangan yang didakwa didalangi militan Daish.
Ia merupakan serangan terburuk ke atas anggota tentera Amerika Syarikat sejak tahun 2011.
Ketika kejadian, ribuan rakyat Afghanistan berpusu-pusu berkumpul di lapangan terbang itu untuk mendapat perlindungan di luar negara.
BACA: Angka korban susulan letupan di lapangan terbang Kabul meningkat kepada 90
Setakat Sabtu, angka korban susulan insiden itu meningkat kepada 169.
Rakan-rakan Sarjan Gee menyifatkannya sebagai seorang yang baik hati dan meninggal dunia ketika dia sedang lakukan apa yang dia paling suka.
#maut #serangan #Afghanistan #tentera AS
;